
Majlis Perpisahan Jasamu Dikenang yang dianjurkan oleh Kelab Guru dan Staf SMKSA meraikan perpindahan guru-guru hebat Alauddin pada hari akhir persekolahan 17/1/2025 yang sungguh bermakna
????Tahniah diucapkan kepada Cikgu Aliaa yang akan berkhidmat ke Kolej Matrikulasi Melaka
????Tahniah diucapkan kepada Cikgu Haziah yang telah berkhidmat di Alauddin selama 11 tahun kerana akan menyambung perkhidmatannya di kampung halamannya di Kluang, Johor
????Tahniah diucapkan kepada Cikgu Akhmar yang meneruskan perkhidmatannya di kampung halamannya di Batu Gajah, Perak
Terima kasih atas komitmen, jasa, sumbangan dan budi baik cikgu-cikgu sekalian. Warga Alauddin mendoakan agar terus berjaya dan cemerlang di tempat baru❤️
Tuai padi antara masak,
Esok jangan layu-layuan,
Intai kami antara nampak,
Esok jangan rindu-rinduan.