• Main
  • News

Pada 13 Sehingga 16 Oktober 2025, Smk Sultan

Pada 13 Sehingga 16 Oktober 2025, Smk Sultan

Pada 13 sehingga 16 Oktober 2025, SMK Sultan Alauddin telah terpilih untuk mewakili Negeri Melaka ke Simposium Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling Peringkat Kebangsaan Kali ke-4 Tahun 2025 bertempat di Ar-Riyadah Residence, Kuala Nerus, Terengganu.

SMK Sultan Alauddin mewakili Melaka bagi acara murid iaitu Pengucapan Awam Bicara Inspirasi Informasi Kerjaya Murid Kategori Menengah Atas dan Kategori Menengah Bawah. Suatu pencapaian yang membanggakan apabila dua murid kita mewakili negeri Melaka bagi kedua-dua acara ini.

Alhamdulillah, SMK Sultan Alauddin telah berjaya membawa pulang piala tempat ke-3 bagi acara Pengucapan Awam Bicara Inspirasi Informasi Kerjaya Murid kategori Menengah Rendah menerusi Muhammad Faqih Harraz bin Amirdin dari Tingkatan 1 KAA 1.

Syabas juga diucapakan kepada Nuriezza Maisarah binti Mohd Raffee dari Tingkatan 4 STEM AA kerana telah mewakili negeri Melaka bagi kategori Menengah Atas. Sesungguhnya pencapaian mereka berdua amat dibanggakan kerana dua orang murid Alauddin terpilih membawa nama negeri Melaka ke persada Kebangsaan. Sememangnya Alauddin tempat lahirnya bakal pemimpin yang hebat suatu hari nanti.

Terima kasih dan tahniah juga diucapkan kepada guru pembimbing, GBKSM Cikgu Intan Nursyamiza binti Husin di atas bimbingan kepada kedua-dua anak murid ini sehingga membawa nama Alauddin di persada Kebangsaan.