• Main
  • News

Majlis Budi Tersulam, Jasa Tersemat, Legasi Kukuh Berdiri

Majlis Budi Tersulam, Jasa Tersemat, Legasi Kukuh Berdiri

Majlis "Budi Tersulam, Jasa Tersemat, Legasi Kukuh Berdiri" sempena persaraan
Puan Norfa'iza binti Mustafa
Pengetua SMK Sultan Alauddin

Hari ini kami meraikan seorang pemimpin yang bukan hanya mentadbir, tetapi mendidik dengan hati. Jasamu akan sentiasa hidup dalam setiap kenangan kami.

Perpisahan ini bukanlah pengakhiran, tetapi permulaan kepada perjalanan baru yang penuh makna. Terima kasih atas segala ilmu, kasih dan bimbingan, Bonda Pengetua.

Setiap langkah, nasihat dan jasa Bonda Pengetua akan sentiasa dikenang oleh seluruh warga sekolah. Terima kasih atas segalanya dan selamat bersara dengan hati yang tenang & dilimpahi kebahagiaan dunia akhirat.

Tarikh : 31 Okt 2025
Hari : Jumaat
Tema : Melayu Klasik